Bermula dengan minat yang mendalam terhadap beg tangan dan juga pelbagai jenis beg silang, kami memulakan perniagaan kami secara kecil-kecilan melalui 'online'. Pada tahun 2011, perniagaan yang berasaskan barangan dan aksesori kulit ini telah berjaya didaftarkan di SSM di bawah satu jenama iaitu LEADERDIVA®. Berbekalkan pengetahuan tentang cara untuk mengimport barangan dari luar negara dengan menghadiri kursus-kursus keusahawanan, kami mula mencari barangan yang berasaskan kulit 100% asli, dengan reka bentuk yang unik, ataupun rekabentuk yang di-inspirasikan daripada jenama antarabangsa. Dengan stok inilah dan berdasarkan sambutan positif para pelanggan, kami mengorak langkah dengan membuka ‘booth’ jualan, tapak kiosk, kemudiannya menyewa lot kedai di kompleks membeli belah Berjaya Megamall Kuantan dan akhirnya berpindah ke lot kedai yang lebih besar, di Putra Square Kuantan sehingga kini. Pada awal perniagaan, produk-produk jualan terdiri daripada barangan kulit asli dan campuran kulit. Demi memastikan kualiti produk dan bagi menjamin kepuasan para pelanggan, kami memfokuskan untuk memasarkan produk-produk berasaskan barangan kulit 100% asli. Secara umumnya, barangan beg kulit tidak akan mengelupas, tahan lasak, dan ‘evergreen’. Keunikan reka bentuk setiap produk LEATHERDIVA® terjamin dan sentiasa berkongsi kelebihan barangan kulit dengan para pelanggan kami. Beg kulit keluaran LEATHERDIVA® berkualiti dan mampu milik, rekabentuk setanding jenama antarabangsa.
Material Kulit Asli
Rekabentuk Unik
Kepakaran Beg Unik
Contoh Design Leatherdiva®
Boleh datang sendiri ke butik kami atau beli secara 'online' melalui Facebook, Instagram dan WhatsApp
Testimoni Pelanggan Leatherdiva®
“Saya usha² page ni sejak awal tahun lepas, baru tahun ni dpt cuba mini sling dari butik.. Pastu offer Jan masih berlangsung, so, ter tangkap plak sebijik lg... Embossed croc skin ^ ▁ ^ Cantik, berkualiti & kemas jahitan bag di LD ni. Berkira² utk tambah lg koleksi LD, in shaa Allah...Really love it”
Qaseh Laila
“Serius, mmg berimpian nak pakai brgn "kulit"....apabila jumpa Leatherdiva...impian direalisasi dgn modal yg bpatutan. Feel pakai kulit...mmg tak boleh nak cakap....~Rasa kecanduan sudah dgn design2 yg sungguh eksklusif..~!”
Cik Ezke
“Pernah beli handbag leatherdiva.sgt puas hati dgn kualiti bag dan design yang mmg unik..every girl must have 1.”
Akma Mahammad
Kelebihan Beg Kulit Leatherdiva®
Kenapa memilih beg kulit daripada Leatherdiva®?
100% Kulit Asli
Kualiti terbaik untuk setiap unit, di Leatherdiva® kami hanya mengeluarkan produk berasaskan kulit lembu dan juga biri-biri asli tanpa campuran.
Rekabentuk Unik
Setiap unit beg & purse di Leatherdiva® dipilih, 'hand-picked' serta berlainan untuk setiap batch yang masuk ke butik kami. Ada juga yang kami reka khas berdasarkan rekabentuk kami sendiri, 100% keluaran Leatherdiva®
Tahan Lasak & Tidak Mengelupas
Semestinya tidak akan mengelupas seperti beg-beg berjenama di luar sana. Ada pelanggan kami yang datang semula dengan memakai beg yang dibeli daripada kami 8 tahun lepas, memang tahan dan semakin 'seasoned' dengan kesan 'patina' eksklusif untuk barangan kulit 100% asli
Projects
Clients
Coffes
Team
Meet the people that are going to take your business to the next level.
Mark Lawrance
Web Designer
Creative, detail-oriented, always focused.
Jane Stenton
SEO Specialist
Curious, tech-geeck and gets serious when it comes to work.
John Smith
Developer
Enthusiastic, passionate with great sense of humor.
Hubungi Kami
Untuk sebarang maklumat lanjut
Alamat Butik
LEATHERDIVA No 10 Ground Floor, Jalan Putra Square 3, Indian Town, Putra Square Kuantan, 25100 Kuantan Pahang.